PostHeaderIcon happy first anniversary =)

selamat ulangtahun perkahwinan yang pertama husband.ngeee

23/12/2017

Dugaan menyambut ulangtahun perkahwinan pertama yang tak akan aku lupa ,bila my husband eksiden pada 5/12/2017.huhuhu...

alhamdulillah walaupun tulang bahagian L2 patah .aku tetap bersyukur kerana Allah masih memanjang umur suami aku.Memandangkan aku yang tengah sarat mengandung 8 bulan tetap gagah drive ke hospital pagi2 buta.hehe



selepas satu malam tunggu suami balik tapi tak balik.aku telefon dari 12 mlm smpi 5 pg tak angkat pun.Aku da nangis coz tak pernah dia balik lewat..sedih wuuu

so aku pon solat subuh,tetiba ada orang ketuk pintu rumah and aku jenguk  dari tingkap bos husband aku datang.

jantung aku da bergetar and dia bagitahu yang husband aku esiden malam tadi..Aku pon  tak tahu dari mana datang nye kekuatan,terus tanya husband aku kat mana and siap2 terus drive g hospital.

biasala hospital kan ..parking ado pagi2 tapi jauh mencanak..first time pergi hospital aku tak tahu ade bus shuttle.aku pon menapak ke emergency walaupun asyik jalan and berhenti.hihih

Sampai kat emergency,terus cari husband aku and tengok my husband terbaring..huhh..sedih wei.


after doktor pakar da cek husband aku,doktor kata kena tahan wad.Aku terus uruskan GL aku kt bahagian hasil ape ntah.Balik dari situ aku sesat,aku tak jumpa emergency.hahaha...nasib ade guard.banyak lorong pening aku,almaklumla seharian tak tido.

so ,suami aku pon dibawa masuk wad 5A katil 22..first time aku tido kat hospital..Suami aku kadang2 mengerang sakit.sedih coz dia tak boleh bangun.

Biasalah makanan kat hospital bukan menyelerakan pon ,so aku bungkus makanan kt kafeteria .adela rasa sedap skit.Apa yang best selama aku jaga my husband,suasana kat hospital tu yang best..macam satu keluarga tak ada orang berlagak ,syok wehh.Dieorang pon banyak tolong aku sebab nampak aku terkial2 .hihih

And mungkin rezeki sebab aku sarat ,everything Allah permudahkan sepanjang aku kat sana.alhamdulillah.

Nasib my husband aku admit 2 hari je and boleh balik..yeahhhhh..thanks Allah.sekarang tengah dduk kat rumah dapat mc sebulan.hehe

Dugaan ni mungkin Allah nak suami aku and aku mengenali lebih kenal antara satu sama lain.Al maklumla bercinta selepas nikah..Tapi tak semudah yang disangka.hikhik

Ape pun nak wish juga SELAMAT ULANGTAHUN YANG PERTAMA HUSBAND AND PAPA TO BE 25/1/2018(kalo ikut duela..hikhik)




PostHeaderIcon HADIAH TERINDAH DARI ALLAH

ASSALAMMUALAIKUM

alhamdulillah genap 2 bulan 2 hari perkahwinan aku..Aku dapat perkhabaran gembira bila disahkan mengandung..Dah sebulan lebih rupanya,tapi aku tak tahu langsung...

Bila di ingat balik,tanda2 mengandung lebih kepada suami aku..dia yang ngidam macam-macam.haha.Aku badan cuma lenguh -lenguh dan kuat tido nauzubillah..Dapat tahu mengandung pon sebab aku  minta urut dengan cik minah ,and dia cakap da berisi ni.Aik??? blur2 je masa tu

Lepas settle berurut terus wasap my husband cakap aku pregnant..dia pon yeke?yeke?.haha
alhamdulillah rezeki Allah.Semoga kandungan ni selamat.Nampak muka suami ceria ..paling excited opah dan atok.so ,excited al maklumla aku ni anak bongsu .Bila berkenaan dengan aku semua nak yang terbaik..Thanks Mak ayah...

Bila dah dapat tahu pregnant bertambah la tanggungjawab husband..aku selalu doakan dia berjaya dalam apa jua yang dia buat.Terima kasih daddy for everything .Mummy and baby love u so much


PostHeaderIcon PERCATURAN ALLAH ITU INDAH..

ASSALAMMUALAIKUM ..

alhamdulillah masih diberi kesempatan menghirup udara lagi..lama dah tak menulis kat blog ni.
Kehidupan yang alhamdulillah semakin baik semakin tenang bila kita meletakkan Allah sebagai yang pertama dalam hidup kita.

Bulan febuari ,genap dua bulan menjadi seorang isteri kepada suami tercinta.Masih dalam proses mengenali hati budi,al maklumla kenal terus kahwin .haha

2016 tahun yang sangat tertulis banyak memori indah...

19 febuari 2016 - setelah dipujuk oleh bonda tersayang,hati terbuka mengenali my husband ,after 8 bulan dia tunggu .gara2 aku heartbroken.huhu..tarikh my husband call i.tp menggeletar sekujur tubuh...malu amat.

6 mei 2016 - perkenalan yang telah mengjangkau beberapa bulan dan my husband nak perhubungan lebih serius..tak pernah jumpa ,tak kenal siapa my husband..tapi mesej.haha.tarikh ni ,tarikh pertama kami berjumpa and family my husband datang risik...Rasa macam nak gugur jantung bila jumpa ,malu tak payah nak cakap rasa nak pakai topeng.My husband rabun saje tak nak pakai spec konon nak tengok time nikah je.cehh.alhamdulillah dah tengok rupa bolehla ke step seterusnya..

29 mei 2016 - Kata sepakat dicapai dua belah pihak .tarikh ni tarikh kami mengikat tali pertunangan walaupun kami tak bercinta lagi.Tapi matlamat kami sama,mengikat perhubungan yang halal.Malu masih tak boleh nak pandang muka my husband..Mungkin nikmat tu allah nak bagi.walaupun bertunang takda gambar berdua.malu punya pasal.haha

23 disember 2016 - Tarikh kami bernikah dan menjadi sepasang suami isteri.alhamdulillah tak mampu berkata2 yang mampu sentiasa mengucapkan syukur kepada Allah.Perjalanan yang sangat dimudahkan.And my husband bagi hadiah Jam warda mr hati pilot.Tahu wife dia sangat addict dengan warda.hahaha.My husband lepas akad menangis,isteri senyum lebar nampak jam swarovski.kahkah..tak menangis langsung aku sebab excited ade jam tu.kahkah

Yang paling best masih malu2 meow coz jarang sangat mesej and jumpa pon mak ayah yang suruh.haha..tapi nikmat itu Allah nak bagi.Ambil gambar kahwin semua gamba aku kejung.kahkah..Malu nak tengok..haishhh time menulis pon aku tengah sengih2.haha

Alhamdulillah bercinta selepas nikah itu indah..Wanita bila memilih suami saya sangat galakkan buat solat hajat, istikharah dan solat taubat.Inshaallah allah akan beri pendamping yang terbaik untuk kita.Dengan disertai restu mak ayah maka bahagialah rumahtangga.Jadi agama sebagai tunjang dlam rumahtangga.Alhamdulillah terima kasih allah untuk hadiah terindah.MYhusband MYlove kurniaan terindah dari Allah SWT.=)

PostHeaderIcon Masa

Assalammualaikum

Sebenarnya banyak nak dikongsi.tapi masih tak berkesempatan.๐Ÿ˜‚

PostHeaderIcon FAME COSMETICS

Assalammualaikum..

12/10 my birthday...hehe
Aku dapat hadiah dari bff aku kak wida bagi lipstick matte dari fame cosmetic.tq akk .hehe
 Kod 006 gossip
Aku suka pulak bila dah try .bila da pakai dia rasa ringan kt bibir macam tak pakai ape2 kt bibir.lagipun bila minum dia tak melekat dekat cawan.haha.
Kalo korang nak solat opkosla kena cuci macam lipstick len .so no problem.
Jom sokong produk lokal.๐Ÿ˜Š
Harga :rm29 +rm 6 postage..

PostHeaderIcon Cara buat bank draft

Assalammualaikum..

Aku nak ajar cara buat bank draft..

So..korang pergi kat maybank.and minta borang nak buat bank draft

Bank draft pon kite boleh buatkan untuk orang lain.macam aku..aku buatkan bank draft untuk kpf kakak aku yg kt abu dhabi tu..yang penting duit mesti ada dlm akaun kita.
Pemohon korang tulis nama korang
Penerima nama yang korang nak bagi bank draft tu kat sapa

So..mse isi borang tu letakla nama korang coz duit dari akaun korang akan ditolak..
Cas nak buat bank draft tu rm5 je.senang je..

Semoga membantu๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

PostHeaderIcon CHECKLIST KAHWIN

Assalammualaikum..

Aku nak kongsi checklist untuk kahwin.harap2 boleh jadi panduan untuk kita bersama.๐Ÿ˜Š

So..kat bawah ni senarai untuk majlis aku.

Bajet2 jangan mahal2.pesanan my fiancee.haha..ni dah paling murah.okla kan๐Ÿ˜†



Aku syorkan korang buat envelop macamni..berapa korang bajet .duit tu korang masuk dalam ni.konfem takkan pening and kite akan lebih nampak dan jelas.
Checklist aku mungkin xberapa lengkap.sebab kebanyakkan disponsor oleh mak ayah n family n kengkawan.๐Ÿ˜Š
Lagipun aku duduk kampung .so kontra dari segi bajet kewangan dengan yang bandar.
P/s:harap membantu uolls๐Ÿ˜†
๐Ÿ’šthanks yang sponsor.lebiula๐Ÿ˜™



JOM DENGAR LAGU

BLOG I FOLLOW

About Me

My Photo
ararazak.blogspot.com
PEMILIK BLOG INI ...ARA RAZAK.SALAM PERKENALAN.ASSALAMUALAIKUM
View my complete profile

Recent News

Powered by Blogger.

Recent News